Pada minggu lalu, sekolah saya
telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk
para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan
yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para
guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan.
Pada hari Isnin
dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor
serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang
kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar
didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para
pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Seterusnya,
pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri
mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan
kesihatan amat penting dan perlu dilakukan sekali setiap tiga bulan. Hal ini para
pelajar dapat mengambil cadna dalam menjaga kesihatan dengan betul.
Di samping
itu, aktiviti pertandingan melukis poster tentang kesihatan diadakan pada hari Jumaat
iaitu hari terakhir bagi sambutan Hari Kesihatan Sedunia. Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan
daripada para pelajar. Malah, sekolah juga menyediakan hadiah kepada pemenang lukisan
poster yang paling cantik dan berinformasi. Melalui aktiviti ini, pelajar boleh
memberi info kesihatan kepada orang lain menggunakan lukisan poster yang mereka
lakukan.
Akhir sekali,
sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini memberikan kesan yang positif kepada saya dan
rakan – rakan saya untuk menjaga kesihatan dengan betul dan efektif. Melalui aktiviti
yang diadakan menjadikan penjagaan kesihatan amat penting untuk kita amalkan amalan
hidup sihat dalam kehidupan seharian. Saya berharap sambutan ini dapat lagi diadakan
di sekolah saya.
karangan ni sangat bagus
ReplyDeleteyelatu
Deletekarangan ni sangat bagus
ReplyDeleteTerima kasih amat membantu๐
ReplyDeleteKarangan yang sangat hebat ๐๐๐
ReplyDeleteMantap๐๐ป
ReplyDeleteTerima. Kasih banyak banyak
ReplyDeleteHebat :)
ReplyDeleteKarangan cerita ke karangan laporan ye?
ReplyDeleteIt was so helpful for me tq๐๐ป๐
ReplyDelete