Skip to main content

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA DI SEKOLAH


Pada minggu lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan.

Pada hari Isnin dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Seterusnya, pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan kesihatan amat penting dan perlu dilakukan sekali setiap tiga bulan. Hal ini para pelajar dapat mengambil cadna dalam menjaga kesihatan dengan betul.

Di samping itu, aktiviti pertandingan melukis poster tentang kesihatan diadakan pada hari Jumaat iaitu hari terakhir bagi sambutan Hari Kesihatan Sedunia.  Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para pelajar. Malah, sekolah juga menyediakan hadiah kepada pemenang lukisan poster yang paling cantik dan berinformasi. Melalui aktiviti ini, pelajar boleh memberi info kesihatan kepada orang lain menggunakan lukisan poster yang mereka lakukan.

Akhir sekali, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini memberikan kesan yang positif kepada saya dan rakan – rakan saya untuk menjaga kesihatan dengan betul dan efektif. Melalui aktiviti yang diadakan menjadikan penjagaan kesihatan amat penting untuk kita amalkan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian. Saya berharap sambutan ini dapat lagi diadakan di sekolah saya.


Comments

  1. Terima kasih amat membantu๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. Karangan yang sangat hebat ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Mantap๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  4. Terima. Kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  5. Karangan cerita ke karangan laporan ye?

    ReplyDelete
  6. It was so helpful for me tq๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ˜Œ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita. Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada mereka. Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu sekaligus dapat merapatkan hubungan anta...

BERITA PESTA BUAH - BUAHAN

Kemeriahan pesta buah – buahan Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan di negara kita ke pasaran dunia.             Pesta buah – buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.             Pesta ini telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan m...