Kemeriahan pesta buah –
buahan
Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan
pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun
ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di
Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan
di negara kita ke pasaran dunia.
Pesta buah –
buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata
negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama
pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana
memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.
Pesta ini
telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara
yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan makan buah –
buahan. Acara ini mendapat sambutan yang hangat disebabkan para pengunjung
dapat menikmati pelbagai jenis buah – buahan yang terdapat di pesta ini dengan
puas hati. Para pengunjung juga menikmati harga yang murah untuk mereka beli
sebagai buah tangan apabila pulang daripada pesta tersebut.
Pesta ini juga
telah disertai oleh sembilan buah daerah daripada negeri Selangor. Antaranya
daerah menyertai pesta ini seperti daerah Kuala Langat, Klang dan Sebak Bernam.
Setiap daerah turut membawa hasil tani iaitu buah – buahan kebangaan seperi
durian, rambutan dan duku. Secara tidak langsung pesta ini telah mempromosi setiap
hasil tani daripada sembilan buah daerah ini. Hal ini dapat meningkat hasil
jualan buah – buahan yang mereka pasarkan kepada para pengunjung.
Penganjuran pesta
ini memberi tarikan pelancong yang amat meningkat untuk mereka meneroka hasil
tani tempatan di negara kita. Para pelancong dapat merasai keenakan buah – buahan
tempatan yang diusahakan oleh petani di negara kita. Penganjuran pesta ini adalah
antara pesta yang besar dan meriah yang dianjurkan oleh kerjasama pihak
kerajaan dan pihak bukan kerajaan.
Keseleruhannya,
para pekebun dipelawa sertai pesta ini untuk meningkat pendapatan mereka. Hal ini
dapat membantu kos sara hidup untuk keluarga mereka. Dengan itu, pesta ini
turut memberi impak positif terhadap pasaran buah – buahan tempatan di negara kita.
thanks your blog its so beautiful
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteI love thisπ
ReplyDeleteBut there are too many words (331)
ReplyDeletekarangan ni sesuai untuk tingkatan 1 mahupun darjah 6
Deletethanks
ReplyDeleteBiarpun pnjg ttapi krangan ini brgna untuk ank sya yg akn mnduduki upsr pda thn ini..
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanks for your pesta buah-buahan (berita)
ReplyDeleteTerima kasih sebab anak saya nak Upsr juga
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteππ»
ReplyDeleteThank you sbb bagi ilmu berguna ini����
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteEnter your comment
ReplyDelete"Follow the Latest Developments: From Politics to Entertainment, We Are Ready to Present the Best!" for complete information visit our website https://beritamantul.jimdosite.com/
ReplyDeleteKarangan agak baik,namun terlalu banyak perkataan yang digunakan.
ReplyDeleteTtwtf
ReplyDelete