Skip to main content

BERITA PESTA BUAH - BUAHAN


Kemeriahan pesta buah – buahan

Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan di negara kita ke pasaran dunia.

            Pesta buah – buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.

            Pesta ini telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan makan buah – buahan. Acara ini mendapat sambutan yang hangat disebabkan para pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis buah – buahan yang terdapat di pesta ini dengan puas hati. Para pengunjung juga menikmati harga yang murah untuk mereka beli sebagai buah tangan apabila pulang daripada pesta tersebut.

            Pesta ini juga telah disertai oleh sembilan buah daerah daripada negeri Selangor. Antaranya daerah menyertai pesta ini seperti daerah Kuala Langat, Klang dan Sebak Bernam. Setiap daerah turut membawa hasil tani iaitu buah – buahan kebangaan seperi durian, rambutan dan duku. Secara tidak langsung pesta ini telah mempromosi setiap hasil tani daripada sembilan buah daerah ini. Hal ini dapat meningkat hasil jualan buah – buahan yang mereka pasarkan kepada para pengunjung.

            Penganjuran pesta ini memberi tarikan pelancong yang amat meningkat untuk mereka meneroka hasil tani tempatan di negara kita. Para pelancong dapat merasai keenakan buah – buahan tempatan yang diusahakan oleh petani di negara kita. Penganjuran pesta ini adalah antara pesta yang besar dan meriah yang dianjurkan oleh kerjasama pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan.

            Keseleruhannya, para pekebun dipelawa sertai pesta ini untuk meningkat pendapatan mereka. Hal ini dapat membantu kos sara hidup untuk keluarga mereka. Dengan itu, pesta ini turut memberi impak positif terhadap pasaran buah – buahan tempatan di negara kita.

Comments

  1. thanks your blog its so beautiful

    ReplyDelete
  2. But there are too many words (331)

    ReplyDelete
    Replies
    1. karangan ni sesuai untuk tingkatan 1 mahupun darjah 6

      Delete
  3. Biarpun pnjg ttapi krangan ini brgna untuk ank sya yg akn mnduduki upsr pda thn ini..

    ReplyDelete
  4. thanks for your pesta buah-buahan (berita)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab anak saya nak Upsr juga

    ReplyDelete
  6. Thank you sbb bagi ilmu berguna ini����

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. "Follow the Latest Developments: From Politics to Entertainment, We Are Ready to Present the Best!" for complete information visit our website https://beritamantul.jimdosite.com/

    ReplyDelete
  8. Karangan agak baik,namun terlalu banyak perkataan yang digunakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA DI SEKOLAH

Pada minggu lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan. Pada hari Isnin dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan kesihatan amat pen...

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita. Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada mereka. Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu sekaligus dapat merapatkan hubungan anta...