Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Bunga,
Persatuan Penduduk Taman Sri Bunga,
Taman Sri Bunga,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Pegawai Penguatkuasaan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Jalan Sultan Alam Shah & Persiaran Majlis,
Taman Budiman,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan. 14 Mac 2019
Tuan,
Gangguan Anjing Liar di Kawasan Perumahan
Merujuk dengan perkara di atas, saya sebagai setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Bunga ingin membuat aduan tentang masalah yang dihadapi oleh kami iaitu anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan yang mengganggu ketentaraman dan ketenangan penduduk taman ini.
2. Untuk makluman tuan, pembiakan anjing liar di kawasan perumahan Taman Sri Bunga dan yang lain – lain menimbulkan ketidakselesaan penduduk disebabkan gangguan anjing liar pada setiap masa.
3. Pembiakan anjing liar ini menyebabkan penduduk sering diganggu ketika mereka melakukan kerja harian dan kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti pemunggahan sampah yang dilakukan oleh anjing liar menyebabkan pembiakan haiwan dan serengga perosak dan pencemaran bau yang tidak disenangi oleh penduduk setempat.
4. Kami merasa bimbang terhadap gangguan ini akan berterusan disebabkan pembiakan anjing liar yang semakin meningkat di kawasan perumahan sekiranya ianya tidak diatasi oleh pihak yang bertanggungjawab. Malahan itu, ianya dijuga menimbulkan perasaan takut dan bahaya dalam kalangan penduduk setempat untuk melakukan kerja dan menjalani kehidupan disebabkan anjing liar yang berkeliaran yang akan meningkat sekiranya ianya tidak diambilberat oleh pihak bertanggungjawab.
5. Oleh itu, kami berharap perkara ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya. Kami dahului dengan ucapan terima kasih terhadap perhatian dan pertimbangan yang pihak tuan berikan.
Sekian.
Yang benar,
Azman
…………………….
(Azman Azmi bin Mohd Nor)
Setiusaha,
Persatuan Taman Sri Bunga,
Taman Sri Bunga.
Comments
Post a Comment