Skip to main content

CARA - CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI


Kesihatan diri adalah kurniaan tuhan kepada hambanya. Oleh itu, setiap manusia perlu mementingkan kesihatan diri mereka. Hal ini kerana setiap kelakukan dan perbuatan pada setiap hari memerlukan tenaga dalam diri yang mencukupi. Tenaga diri yang terbaik memerlukan kesihatan yang baik untuk menghasilkan sesuatu pekerjaaan dan aktiviti seharian dengan efektif dan proaktif. Persoalannya, bagaimana cara – cara untuk menjaga kesihatan diri dengan efektif ?

Pengambilan makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana makanan yang kita ambil pada setiap akan menyumbang dalam penghasilan tenaga dalam diri. Umum mengetahui bahawa pyramid makanan yang disusun kementerian kesihatan adalah pemakanan yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan. Kategori pyramid makanan seperti karbohidrat, lemak dan protein. Hal ini kita perlulah mengambil makanan mengikut kategori dengan sukatan yang betul mengikut harian. Makanan yang sihat menjana tenaga yang sihat dalam badan. Oleh itu, pengambilan makanan mengikut pyramid makanan amat penting dalam cara menjaga kesihatan diri.

Selain itu, senaman diri turut membantu untuk menjaga kesihatan diri. Hal ini perlulah dilakukan seminggu sekurang – kurang sebanyak 2 kali. Senaman diri boleh dilakukan di rumah mahupun di luar rumah. Hal ini dapat membantu untuk mencerdaskan badan sekaligus dapat mencergaskan akal fikiran. Oleh itu, aktiviti ini amat penting dilakukan dalam kehidupan seharian untuk mengecapi kesihatan badan serta akal yang efektif. Hal ini turut membantu kerajaan dalam membentuk rakyat yang cerdas badan dan cergas akal fikiran. Kecerdasan badan dapat membantu seseorang untuk melakukan sesuatu perkerjaan dengan lebih aktif sekaligus mencergaskan akal fikiran yang membantu dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, bersenam diri amat penting dalam membantu mengekalkan kesihatan diri.

Di samping itu, pemeriksaan kesihatan diri iaitu setiap sebulan sekali. Hal ini turut membantu mengekalkan kesihatan diri. Malahan, ia dapat membantu untuk menganalisis sebarang penyakit dalam diri sekaligus kita dapat mencegah penyakit tersebut sebelum ia menjadi lebih kronik. Dengan itu, kita akan mengambil sebarang ubat – ubatan yang diberikan oleh doctor kepada kita untuk mencegah penyakit. Hal ini kita dapat mengetahui cara untuk mencegah sebarang penyakit daripada doctor yang bertauliah. Oleh itu pemeriksaan ini amat penting untuk mencegah kita daripada menerima jangkitan penyakit sekaligus mengawal kita untuk tidak menyebarkan penyakit berjangkit kepada orang lain seperti demam, selsema dan kurap. Hal ini dapat mengekalkan  kadar kesihatan yang efektif dan stabil.

Seterusnya, penjagaan kebersihan turut menjadi sebab yang utama dalam mengekalkan kesihatan diri. Penjagaan kebersihan diri terdiri kepada kebersihan badan, pakaian dan persekitaran. Hal ini dapat mengekalkan diri dengan kesihatan yang terjamin tanpa jangkitan sebarang penyakit. Oleh itu, penjagaan kebersihan ini perlulah dititikberatkan dalam kehidupan. contohnya, kebersihan badan seperti mandi sekurang – kurangnya 2 kali sehari manakala kebersihan persekitaran pula seperti aktiviti gotong – royong sesame keluarga dalam kawasan rumah. Hal ini dapat mengelakkan sebarang virus di kawasan pesekitaran diri kita. Oleh yang demikian, setiap institusi keluarga, individu atau masyarakat perlulah menitikberatkan kebersihan agar tidak menerima sebarang jangkitan kepada diri.

Tuntasnya, kesihatan diri amat penting kepada setiap diri manusia itu. Hal ini kerana kesihatan diri menjadi sebab utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kesihatan diri tidak terjaga maka sesuatu pekerjaan itu akan tertangguh malahan tidak diuruskan. Oleh itu, kita hendaklah mengekalkan kesihatan diri dengan pelbagai cara iaitu pengambilan makanan yang seimbang, penjagaan kebersihan dan pemeriksaan kesihatan. Dengan itu, kita dapat mencegah diri daripada menerima sebarang penyakit berbahaya bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini dapat merealisasikan Hasrat kerajaan untuk mencapai rakyat yang sihat badan serta otak cergas. Oleh itu, kesihatan diri ini hendaklah menjadi  suatu perkara yang amat perlu dijaga dengan rapi dan efektif agar dapat mengecapi kehidupan yang Bahagia serta sihat.

Comments

  1. cara - cara membersihkan hati ada tak ? 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak solat dengan baca al-quran...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA DI SEKOLAH

Pada minggu lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan. Pada hari Isnin dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan kesihatan amat pen...

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita. Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada mereka. Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu sekaligus dapat merapatkan hubungan anta...

BERITA PESTA BUAH - BUAHAN

Kemeriahan pesta buah – buahan Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan di negara kita ke pasaran dunia.             Pesta buah – buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.             Pesta ini telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan m...