Pada era globalisasi,
amalan gotong royong semakin lupus makan dek zaman. Hal ini kerana era
globalisasi ini lebih mengutamakan teknologi yang canggih menyebabkan amalan
ini terus tidak diketahui dan diamalkan oleh masyarakat pada masa ini. Pada suatu
ketika dahulu, amalan ini menjadi suatu aktiviti yang kerap dilakukan oleh
masyarakat di negara kita. Hal ini kerana pelbagai manfaat yang boleh kita
kecapi dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya, apakah manfaat yang dapat diperolehi
sekiranya amalan ini terus diamalkan dalam kehidupan ?
Manfaat yang
dapat dikecapi sekiranya kita menjadikan amalan gotong royong diamalkan dalam
kehidupan ialah dapat mengukuhkan semangat kemasyarakatan dalam diri setiap insan.
Hal ini dapat memupuk sifat kerjasama dalam masyarakat yakni sikap tolong
menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia dapat memberi impak positif dalam
mengukuhkan perpaduan tanpa mengenal bangsa. Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Hal ini dapat dibuktikan bahawa amalan
gotong royong dapat mengukuhkan semangat Bersatu padu dalam diri setiap insan.
Selain itu, amalan
gotong royong ini dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar. Hal ini kerana
alam sekitar amat penting bagi manusia untuk meneruskan hidup. Ia kerana alam
sekitar merangkumi aspek sumber makanan dan udara. Jadi, amalan gotong royong
dapat memberi kesan yang baik bagi membantu mengekalkan kebersihan alam semula jadi.
Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pelbagai bencana yang memberi
bebanan kepada masyarakat seperti banjir kilat. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
amalan gotong royong ini turut memupuk sifat menjaga alam semula jadi agar kita
dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem di negara kita bersama sama.
Di samping itu,
amalan ini turut dapat mencegah masyarakat dan diri daripada sikap penting diri.
Sikap ini amat memberi kesan negative kepada diri, masyarakat dan negara. Pada masa
ini, sikap ini menjadi suatu kebiasaan kepada masyarakat dan diri manusia itu sendiri.
Jadi, sikap ini dapat dicegah dengan amalan gotong royong kerana amalan ini
memupuk sikap mengambil berat tentang hal kejiranan. Hal ini dapat memberi
impak positif dalam suasana masyarakat di negara kita contohnya dapat mengelakkan
berlakunya jenayah di kawasan perumahan. Oleh yang demikian dapat mewujudkan
suasan yang baik dalam kalangan jiran tetangga.
Seterusnya, amalan
ini turut membantu masyarakat untuk meringankan beban yang berlaku dalam kalangan
sesebuah keluarga dalam masyarakat. Ia dapat menjadikan sesuatu pekerjaan itu
lebih mudah kerana sikap bantu membantu antara satu sama lain dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dapat membuktikan bahawa sekiranya berlakunya musibah dalam
kalangan masyarakat seperti banjir kilat, ia dapat mengurangkan beban dengan
mengamalkan amalan bergotong royong. Maka jelaslah bahawa amalan ini dapat meringankan
beban dalam kalangan masyarakat iaitu sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.
Konklusinya, amalan
gotong royong ialah amalan mulia yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat. Melalui
amalan ini, ia dapat memupuk sikap yang positif dalam diri setiap insan sekaligus
memberi kesan yang baik kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini
dapat memberi contoh teladan yang baik dalam kalangan generasi muda pada masa
ini. Oleh itu, amalan gotong royong mestilah dijadikan sebagai aktiviti utama dalam
masyarakat di negara kita sekaligus mengecapi masyarakat yang mengutamakan
keharmonian dan keamanan dalam kehidupan sejagat.
Comments
Post a Comment