Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG

Pada era globalisasi, amalan gotong royong semakin lupus makan dek zaman. Hal ini kerana era globalisasi ini lebih mengutamakan teknologi yang canggih menyebabkan amalan ini terus tidak diketahui dan diamalkan oleh masyarakat pada masa ini. Pada suatu ketika dahulu, amalan ini menjadi suatu aktiviti yang kerap dilakukan oleh masyarakat di negara kita. Hal ini kerana pelbagai manfaat yang boleh kita kecapi dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya, apakah manfaat yang dapat diperolehi sekiranya amalan ini terus diamalkan dalam kehidupan ? Manfaat yang dapat dikecapi sekiranya kita menjadikan amalan gotong royong diamalkan dalam kehidupan ialah dapat mengukuhkan semangat kemasyarakatan dalam diri setiap insan. Hal ini dapat memupuk sifat kerjasama dalam masyarakat yakni sikap tolong menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia dapat memberi impak positif dalam mengukuhkan perpaduan tanpa mengenal bangsa. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafaka...