Skip to main content

UCAPAN PERPISAHAN


Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Yang berusaha, Encik Mazlan bin Yusuf, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Kandi, para guru kanan, guru – guru serta murid – murid yang saya kasihi sekalian.



Hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru dan rakan – rakan saya kerana memberi peluang untuk saya berucap di majlis perpisahan ini. Sesungguhnya sudah kalian dimaklumkan bahawa pada hari ini kita akan kehilangan salah seorang guru yang berdidekasi dalam mendidik murid – muridnya di sekolah.

Belum cukup lama beliau mencurah bakti di sekolah ini. Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa kehilangan sesuatu yang berharga pasti akan dirasai ketiadaannya. Jadi, pada hari ini, kita sama – sama meraikan majlis perpisahan Puan Maznah binti Mohamed sebelum beliau berpindah di sekolah yang baharu.



Rakan – rakan sekalian,

            Jasa dan penat lelah beliau dalam mendidik murid – murid tidak ternilai harganya. Beliau amat bersungguh – sungguh dalam mengajar kami untuk terus mencapai kejayaan cemerlang. Selain itu, beliau juga tidak pernah berputus asa dalam mengadakan kelas tambahan untuk kami. Pengorbanan beliau kepada kami amatlah besar sehingga kehilangan beliau tiada gantinya.



            Seterusnya, saya mewakili pelajar ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengorbankan jiwa, raga dan masa untuk mendidik kami untuk terus cemerlang dalam pembelajaran. Kami amat menghargai segala pengorbanan dan usaha beliau dalam mengajar. Kami berazam untuk terus belajar bersungguh – sungguh bagi mencapai cita – cita dan wawasan kami. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya kami melakukan tingkah laku yang menyinggung perasaan sepanjang cikgu mendidik kami.



            Akhir sekali, saya mewakali pelajar berharap dan berdoa agar cikgu bahagia dan selesa di sekolah baharu kelak. Sebelum mengakhiri kata, terimalah serangkap pantun daripada saya untuk cikgu.



Bintang Barat terbit petang,

Bintang Timur terbit pagi,

Jika tidak melarat Panjang,

Ada umur ketemu lagi.


Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA DI SEKOLAH

Pada minggu lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan. Pada hari Isnin dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan kesihatan amat pen...

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita. Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada mereka. Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu sekaligus dapat merapatkan hubungan anta...

BERITA PESTA BUAH - BUAHAN

Kemeriahan pesta buah – buahan Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan di negara kita ke pasaran dunia.             Pesta buah – buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.             Pesta ini telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan m...