Azizah
binti Mohamad
No. 234, Jalan
Kemuning
Taman Sri
Andalas,
42700, Banting,
Selangor
12 Mei 2018
Menemui rakanku, Ahmad yang berada
di Negeri Sembilan. Apa khabar? Semoga saudara dalam keadaan yang sihat
sejahtera Bersama keluarga tercinta. Saya dan keluarga dalam keadaan sihat
hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini ialah saya mahu mengajak saudara untuk
menyertai pertandingan basikal bukit.
Saudara,
Untuk
pengetahuan saudara, pertandingan ini diadakan selepas kita menghadapi
peperiksaan UPSR iaitu pada 28 November 2018 dan bermula pada pukul 8.00 pagi. Pertandingan
ini berlokasi tidak jauh daripada rumah saya iaitu di Bukit Jugra, Banting
malah saudara boleh sahaja berehat dan bermalam di rumah saya.
Selain
itu, pertandingan ini mempunyai yuran pendaftaran yang amat murah iaitu RM 10
sahaja. Hadiah yang disediakan oleh penganjur untuk pertandingan ini juga amat
menarik iaitu tempat pertama, memperoleh duit sebanyak RM 100, tempat kedua, memperoleh
duit RM 60, tempat ketiga, memperoleh duit sebanyak RM 50 manakala saguhati
memperoleh baucar makanan.
Di
samping itu, pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu kategori A dan
kategori B. Kategori A ialah sekolah menengah manakala kategori B ialah sekolah
rendah. Jadi, saya dan saudara hendaklah mendaftar dalam kategori B untuk
menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga menyediakan sijil penyertaan
bagi semua peserta yang menyertai. Hal ini dapat membantu perkembangan aktiviti
kokurikulum kita.
Akhir
kata, saya berharap saudara dapat bersama – sama menyertai pertandingan ini
agar kita dapat bersua kembali. Saya juga berharap agar saudara dapat meluangkan
masa bersama saya sebelum saudara bersekolah di sekolah bersama penuh. Semoga saudara
memperolehi kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang. Salam ceria buat
saudara.
Yang ikhlas,
Azizah
Comments
Post a Comment