Pada
zaman moden ini, perkembangan pembelajaran murid – murid bukan sahaja tertumpu
pada pembelajaran di dalam kelas sahaja. Ibu bapa pada masa ini perlulah
mencari inisiatif kepada anak – anak mereka untuk menambah ilmu pengetahuan dan
pembelajaran melalui kelas tambahan di pusat tuisyen. Perkembangan pusat
tuisyen pada era ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ia sekaligus mencuri
tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.
Antara
kelebihan pusat tuisyen ialah lokasi yang strategik yang memudahkan para ibu bapa
untuk menghantar anak – anak mereka malah berdekatan di Kawasan perumahan. Hal ini
menyebabkan dapat mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan ke pusat tuisyen. Fasiliti
yang lengkap mempengaruhi murid – murid untuk terus focus dalam pembelajaran di
dalam kelas. Sebagai contoh, pendingin hawa, meja dan kerusi yang memberikan
keselesaan kepada para murid. Senario yang ceria dan santai menyebabkan murid
lebih tenang untuk memahami setiap mata pelajaran yang mereka pelajari. Hal ini
dapat mengurangkan tekanan kepada para murid untuk belajar setiap mata pelajaran
di kelas tambahan.
Selain
itu, bimbingan yang lebih personal oleh guru di pusat tuisyen adalah antara
kelebihan yang terdapat di pusat tuisyen. Guru di pusat tuisyen akan memberi
keutamaan kepada murid – murid yang kurang memahami dalam setiap topik
pembelajaran dengan mengajar mereka secara personal. Hal ini dapat membantu
para murid untuk berinteraksi dengan lebih berani iaitu menanyakan soalan
sekiranya mereka kurang faham dalam mata pelajaran. Ia turut membantu murid
untuk berinteraksi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid di sekolah secara
efektif. Jadi, melalui aktiviti ini dapat memberi lonjakkan kecemerlangan dalam
peperiksaan secara efektif.
Seterusnya,
kemesraan tenaga pengajar dengan murid turut memberi kesan yang terbaik kepada murid
untuk terus hadir ke kelas tambahan tersebut. Ia dapat mengeratkan hubungan antara
guru dan murid seperti isi dengan kuku ketika di dalam kelas. Hal ini dapat
membantu murid untuk memenuhi kehadiran setiap kelas tambahan yang diadakan
malah murid juga akan turut menunggu kelas tambahan untuk diadakan di pusat
tuisyen. Kemesraan yang dilakukan oleh tenaga pengajar di pusat tuisyen ialah
ketiadaan dendaan dan hukuman sekiranya mereka tidak menyiapkan latihan yang
diberikan malah murid turut boleh hadir pada waktu yang tidak ditetapkan. Hal ini
disebabkan kehadiran diambil kira walaupun murid datang lewat. Jadi, mereka tidak
tertakluk kepada paturan yang tetap seperti di sekolah.
Akhir
sekali, tenaga pengajar di pusat tuisyen turut memberikan latihan latih tubi
dalam setiap mata pelajaran pada setiap kelas diadakan. Hal ini dapat mengasah
murid untuk menjawap soalan dengan teknik yang betul di dalam peperiksaan
kelak. Tenaga pengajar di pusat tuisyen ini juga mengamalkan pembelajaran secara
kupasan yang berorientasikan peperiksaan. Hal ini dapat menerapkan semangat untuk
menjawap peperiksaan malah mereka juga turut mematuhi menjawap peperiksaan. Jadi,
para pelajar tidak gementar untuk menghadapi peperiksaan pada masa akan datang kerana
mereka telah mengamalkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan di pusat
tuisyen mereka. Setiap pusat tuisyen juga sering menyediakan nota eksklusif
untuk para murid untuk mereka lebih mudah membaca dan memahami mata pelajaran
yang mereka pelajari di pusat tuisyen dan di sekolah. Hal ini dapat menjimat masa
para murid untuk memahami setiap topik dalam mata pelajaran malah mereka lebih
menghargai masa dengan membaca nota yang diberikan.
Kesimpulan,
pada era global ini, ibu bapa perlulah menjadi tunggak utama untuk anak – anak dengan
menghantar anak – anak ke pusat tuisyen agar mereka dapat mencapai pemikiran
kelas pertama pada masa akan datang dalam pembelajaran. Melalui kelas tambahan di
pusat tuisyen adalah medan singgah untuk para murid bagi menimba ilmu dengan
lebih terperinci. Hal ini dapat meningkat
kecemerlangan keputusan peperiksaan di negara kita secara maksimum sekiranya
ibu bapa pada masa ini mengambil tanggungjawab untuk membantu anak – anak
mereka dalam pembelajaran.
Comments
Post a Comment