Skip to main content

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita.

Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada mereka.
Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu sekaligus dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain bagai aur dengan tebing. Contohnya, Negara kita mempunyai tiga bangsa yang Utama iaitu Melayu, Cina dan India, sekiranya kita mengamalkan pertuturan yang berbudi Bahasa maka perpaduan negara kita lebih erat dan kuat.

Di samping itu, membalas jasa kepada mereka turut menjadi salah satu cara menghargai orang yang berbudi. Contohnya, kita menziarahi mereka ketika ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga.
Kita sewajarnya memberi sokongan moral kepada mereka untuk mereka terus sabra dan tabah di atas dugaan yang menimpa mereka. Hal ini dapat menambah semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.

Selain itu, kita seharusnya memberi bantuan kepada mereka sekiranya mereka menghadapi kesusahan. Mereka yang menghadapi kesusahan sudah pasti mengharapkan bantuan daripada orang di sekeliling mereka seperti saudara - mara, jiran tetangga dan rakan - rakan. Hal ini dapat mengurangkan kesulitan yang mereka yang hadapi tersebut sekali gus membalas segala jasa yang mereka berikan kepada kita.

Tuntasnya, kita sewajarnya menghargai orang yang berbudi kepada dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, mendoakan yang baik untuk mereka, membalas jasa, menlayani mereka dengan sopan dan memberi bantuan ketika kesusahan. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara sesame manusia sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum mahupun agama. Sudah terang lebih bersuluh, orang yang berbudi kepada ini perlulah kita hargai agar mereka dapat melakukan kebaikan pada masa akan datang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA DI SEKOLAH

Pada minggu lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Kesihatan sedunia. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar bersempena sambutan itu. Aktiviti tersebut boleh mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh pelajar. Sambutan ini menambahkan pengetahuan para guru dan pelajar tentang kepentingan kesihatan. Pada hari Isnin dan Selasa, aktiviti yang diadakan ialah sekolah saya telah menjemput seorang doctor serta lima orang juruwat. Mereka dijemput untuk memberi ceramah tentang kepentingan kesihatan kepada para pelajar. Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan dengan cara – cara menjaga kesihatan dengan betul. Dengan ini, para pelajar boleh mengamalkan langkah tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, pada hari rabu dan khamis pula diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini memberikan impak positif kepada pelajar tentang kesihatan diri mereka. Pemeriksaan ini telah memaklumkan kepada pelajar bahawa pemeriksaan kesihatan amat pen...

BERITA PESTA BUAH - BUAHAN

Kemeriahan pesta buah – buahan Banting , 10 November – Setiap tahun negara kita sering mengadakan pesta yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung daripada seluruh dunia. Pada tahun ini, negara kita telah mengadakan pesta buah – buahan tempatan yang diadakan di Dataran Pantai Morib. Pesta ini bertujuan untuk memasarkan buah – buahan tempatan di negara kita ke pasaran dunia.             Pesta buah – buahan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengunjung di serata negara. Idea penganjuran pesta ini daripada kerjasama pihak kerajaan bersama pihak bukan kerajaan. Penganjuran pesta buah – buahan ini diteruskan kerana memberi impak yang positif pada kejayaan yang dicapai pada tahun lepas.             Pesta ini telah mengadakan pelbagai acara yang menarik bagi para pengunjung. Antara acara yang dianjurkan seperti pertandingan hasil buahan dan pertandingan m...