Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

CARA - CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kesihatan diri adalah kurniaan tuhan kepada hambanya. Oleh itu, setiap manusia perlu mementingkan kesihatan diri mereka. Hal ini kerana setiap kelakukan dan perbuatan pada setiap hari memerlukan tenaga dalam diri yang mencukupi. Tenaga diri yang terbaik memerlukan kesihatan yang baik untuk menghasilkan sesuatu pekerjaaan dan aktiviti seharian dengan efektif dan proaktif. Persoalannya, bagaimana cara – cara untuk menjaga kesihatan diri dengan efektif ? Pengambilan makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana makanan yang kita ambil pada setiap akan menyumbang dalam penghasilan tenaga dalam diri. Umum mengetahui bahawa pyramid makanan yang disusun kementerian kesihatan adalah pemakanan yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan. Kategori pyramid makanan seperti karbohidrat, lemak dan protein. Hal ini kita perlulah mengambil makanan mengikut kategori dengan sukatan yang betul mengikut harian. Makanan yang sihat menjana tenaga yang sihat dalam badan. Oleh itu, pen...